Saya pernah mainkan permainan tradisional yang bernama lastik. Permainan ini menarik tetapi, kita boleh membuatnya lebih menarik dengan menggunakan kayu untuk menjadikan seperti tembak.
Barang-barang diperlukan untuk membuatnya adalah getah, sebahagian dari sepit menjemur baju, kayu, pisau mainan dan juga paku untuk mencantikkan lagi tembak tersebut. Permainan ini memerlukan ramai orang supaya lebih menarik.
Permainan yang saya mainkan ini, amat merbahaya kerana, apabila kita lastik, getah itu boleh menuju ke mata pihak lawan, untuk mengelakkan dari perkara tersebut, kita cuma lastik di bahagian kaki sahaja.
Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian saya. Kita jumpa lagi di lain masa.
Selasa, 8 Julai 2008
Pengenalan Diri Saya
Saya merupakan seorang pelajar berusia 15 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah di kawasan Barat.
Saya agak gembira pada hari ini kerana baru mahu menjinak-jinakkan diri dengan alam blog. Guru saya menugaskan saya untuk berkongsi dengan pembaca tentang permainan tradisional yang saya pernah mainkan dahulu.
Saya berharap para pembaca akan terhibur dengan perkongsian saya ini.
Selamat membaca!

Langgan:
Catatan (Atom)